Sunday, July 27, 2008

Karangan

Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ‘Tangan mencencang, bahu memikul’

‘Tangan mencencang, bahu memikul’ bermakna bahawa setiap orang yang melakukan sesuatu yang salah atau tidak bertanggungjawab, dia mesti bertanggungjawab terhadap akibatnya

Warna senja mulai memamah suasana. Aku duduk tercantuk sambil menunggu masa berlalu. Bibirku kering mengelupas dan perutku berombak-ombak kecil kerana kekurangan makan dan minum. Angin dingin memasuki jeriji penjara membawa kesejukan yang menusuk tulang. Pakaianku yang tipis dan koyak rabak belum dibersihkan dalam masa yang tidak terkira. Bau busuk dari badanku dan pakaianku dapat kuhidu. Batuk meledak, membuat nafasku rasa tersendat-sendat. Aku sedang merenung ke arah tembok berwarna kelabu yang seolah-oleh memberi kesan yang amat memurungkan. Air mata penuh kesal menitis daripada mataku sewaktu aku teringat akan kelakuanku yang mengakitbatkan situasiku sekarang.....

Bunyi loceng memenuhi gegendang telingaku. Mataku terbuka besar, memandangi gred yang aku telah dapat untuk peperiksaan akhir tahun. Terdapat beberapa huruf F yang tercatat di buku rekodku yang teratur secara satu garis bagaikan ia mengusikku.
“Hey, Ilah, engkau hendak pergi lepak di luar? Aku sudah membeli satu paket rokok untuk digunakan hari ini,” ujar kawan karibku, Hafizah, dengan menggunakan nama gelaranku. Aku mengangguk kepalaku dengan perlahan lalu tanganku disambar oleh Hafizah dan aku dibawa ke luar sekolah. Aku berasa sangat sedih terhadap keputusan peperiksaan itu dan hendak melupakannya dengan menghisap rokok. Terngiang-ngiang janji ibu bapaku untuk memukul aku dan melarangkan aku keluar rumah jika aku mendapat keputusan buruk. Sebelum peperiksaan tersebut, aku dijerat dilema kerana kawanku mengharap aku keluar rumah dan berjalan-jalan dengan mereka. Aku juga mesti meluangkan masa dengan kekasihku. Aku terpengaruh oleh kata-kata mereka yang menyebabkan aku tidak menelaah untuk peperiksaan akhir tahun. Aku juga diberi amaran pada tahun yang lalu tetapi diberi peluang kedua.

Setelah sampai di luar sekolah Hafizah, kami mula menghisap rokok. Angin semilir menyapa lembut pipiku. Angin menggugurkan daun-daun kering dari phon-phon yang berjejer di sepanjang jalan.
‘Hafizah, sekarang aku berasa sangat sedih kerana keputusan sekolahku,’kataku dengan nada sedih.
‘Jangan sedih! Ia tidak penting. Engkau mempunyai wajah yang cantik dan ramai lelaki yang hendak berkawan dengan engkau,’ kata Hafizah dengan segaris senyuman terukir di bibirnya.
‘Tetapi aku akan dilarang keluar dengan kamu dan Hamid kerana keputusan ini. Apatah lagi, Hamid akan marah dan berpisah denganku,’ kataku dengan air mata menitis daripada mataku.
‘Jangan menangis, nanti aku juga akan menangis. Jangan pulang ke rumah dan bermalam di rumah aku. Pasti ibuku akan membenarkan,’kata Hafizah sambil mengelap air mata daripada pipi lembutku dengan kertas tisu.
‘Aku tidak boleh berbuat demikian kerana ibu bapaku akan menangkapku dan akan lebih marah. Mungkin hukuman akan menjadi lebih teruk,’ kataku.
‘Kalau begitu, kamu boleh cuba lari dari rumah. Aku kenal seseorang yang boleh menolong kamu. Dia seorang yang sangat kaya. Aku pernah meminta tolong daripadanya. Aku memerlukan wang untuk membayar bil telefon bimbitku dan dia memberiku wang secara percuma. Mungkin dia boleh menolong kamu,” kata Hafizah.
‘Aku akan berfikir sebulum berbuat demikian. Aku tetap pulang rumah sekarang atau ibuku akan memarahiku. Bye!’ kataku sambil melambai tanganku dan berlari ke rumahku yang terletak agak dekat sekolah.

Kepekatan malam sudah mewarnagelapkan langit. Apabila aku sampai di rumah, bapaku memaksaku agar menunjukkan buku rekodku. Wajah ayahku bagai gunung berapi yang terpendam, akan meletus, mengalirkan larva bila-bila masa sahaja. Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan. Tiba-tiba dia memekik dan memarahiku. Aku diserang ketakutan sehingga lututku lemah dan tanganku terkulai. Bapaku memukul aku beberapa kali sehingga aku menangis dan memekik untuk ibuku tolong. Ibuku hanya memberiku senyuman tipis sambil melihat aku dipukul oleh bapaku. Setelah ayahku berasa puas dan berhenti memukulku, aku berlari ke dalam bilikku dan menangis. Kemurungan menanggap badanku pada seluruh malam yang menyebabkan aku menangis sepanjang malam tanpa tidur.

Suria muda memancarkan sinarnya kepada bumi. Aku telah memberitahu Hafizah tentang pilihanku untuk menemui orang yang disebut. Aku memakai seragam sekolah untuk kelihatan seperti akan pergi ke sekolah supaya ibu bapaku tidak akan mencurigaku. Aku berjalan ke arah sekolah untuk bertemu dengan Hafizah lalu pergi menemu orang tersebut. Langkah-langkahku penuh dengan harapan dan keterujaan untuk menjadi gembira dan bebas. Tiba-tiba kami berhenti berjalan dan Hafizah menunjuk jari kepada seorang lelaki yang berbaju cantik. Wajahnya bersinar cerah dengan pancaran mentari kehidupan dari bebola mata yang coklat ceria. Tiba-tiba dia berjalan ke arah aku dan berhenti di depanku lalu bersenyum.
‘Hello, saya Ahmad. Kamu adalah seorang gadis yang mempunyai wajah yang sangat manis, tetapi kamu kelihatan seperti mengalami kemurungan. Aku boleh tolong kamu melakukan apa-apa sahaja untuk membuat kamu tersenyum,’ katanya sambil menyentuh daguku dengan tanganya dan tersenyum lebar.
‘Aku hendak lari dari rumah dan tinggal di tempat yang akan membuatku gembira’kataku dengan senyuman mesra yang terukir di mulutku.
‘Ikut saya’ kata Ahmad. Aku mengikutinya ke dalam sebuah bilik yang gelap. Tiba-tiba aku sedar bahawa Hafizah tidak mengikut kami.
‘ Hafizah ! Cepat datang!’ jeritku.
‘ Maafkan aku Ilah, Maafkan aku,’ kata Hafizah dengan nada sedih. Tiba-tiba kepalaku ditutup dan aku terasa sesuatu keras yang terkena kepalaku.

... Aku tidak ingat apa terjadi setelah itu. Aku terjaga di dalam bilik yang aku duduki sekarang. Aku dipaksa bekerja di lombong selama masa yang amat panjang. Aku masih belum tahu tempat kedudukanku. Aku terdengar daripada pekerja yang lain bahawa kami di negara China tetapi ada juga yang mengatakan bahawa kami di Filipino. Tiba-tiba seorang lelaki dewasa membuka pagar penjaraku.
‘Ikut saya,’ katanya dengan nada serius. Aku dibawa di tempat di mana banyak perempuan berbaris ke arah sebuah bilik. Jeritan kesakitan seorang perempuan boleh didengar di bilik tersebut. Ia adalah jeritan seorang perempuan yang dirogol.

Cerita ini menunjukkan bahawa setiap orang mesti bertanggungjawab kepada kelakuannya dan bertanggungjawab terhadap akibatnya. Ini sama seperti peribahasa ‘Tangan mencencang, bahu memikul’

No comments: