Sunday, July 27, 2008

karangan Deskriptif

Warna senja mula memamah suasana. Warna langit kemerah-merahan. Sebentar lagi malam akan bertahta. Angin semilir menyapa pipiku. Aku di sebuah pasar untuk tolong ibuku membeli bahan untuk memasak makanan untuk makan malam. Pelbagai suara kuat bergema di udara yang cuba mempromosi kedai mereka dengan memberi harga yang rendah atau memberitahu tentang barang mereka yang bermutu tinggi. Terdapat banyak orang yang berjalan di kawasan pasar ini dengan tujuan untuk membeli barang atau hanya untuk berjalan-jalan. Aku menuju ke kedai ikan lalu berdiri di depan kedai tersebut sambil berfikirkan jenis ikan untuk dibeli. Terdapat pelbagai jenis ikan yang diatur di atas air batu yang memberikan kesan yang membuat sesiapa yang melihat lapar. Tiba-tiba, deruman enjin bas yang kuat melanggar gegendang telingaku. Aku memusing kepalaku ke arah bas itu. Ia adalah sebuah bas awam yang berwarna putih. Pandangan bas itu dengan penumpangya yang berketawa membuatku berasa gembira terhadap kewujudanku di dunia ini. Tetapi kegembiraanku tidak kekal lama. Tiba-tiba, aku terdengar pekikan wanita dan beberapa saat setelah itu, bas tersebut meletup.

Bas tersebut meletup dengan bunyi yang menekam telingaku. Api serta serpihan yang berlumuran darah melepaskan dari bas tersebut yang mencederakan orang di sekeliling bas itu. Ramai orang di pasar itu menjadi cemas dan berlari untuk menjauhkan diri dari pasar kerana mereka takut akan ada letupan sekali lagi. Bunyi tangisan bayi dan pekikan orang yang cedera bergema di udara. Aku cepat menuju ke arah letupan tersebut dengan tujuan untuk menolong orang yang cedera. Bunga-bunga kemarahan mulai membenih wajahku apabila aku tidak boleh sesiapapun di bas yang telah berjaya hidup. Bas yang mulanya putih telah menjadi hitam dengan api yang menelan setiap permukaan di luar bas dan di dalamnya. Bau darah menyerbak di kawasan letupan itu. Aku ternampak seorang wanita yang berlumuran darah dengan serpihan yang terpasang di kawasan jantungnya. Terdapat juga beberapa orang yang lain yang dalam situasi di mana tidak ada harapan untuk mereka hidup. Air mata kemarahan dan kesedihan menitis dari bebola mataku yang merah. Tiba-tiba, aku terdengar seorang perempuan memekik untuk pertolongan. Aku menuju ke arah bunyi itu dan menolong perempuan itu menjauhkan diri dari tempat itu. Aku boleh mendengar siren ambulans dan polis yang mendekatkan kawasan itu dengan setiap saat. Apabila mereka sampai kawasan itu, aku menolong mereka mengangkat badan orang cedera ke dalam ambulans. Tidak ada sesiapapun di kawasan itu yang bersenyum. Semua orang mempunyai wajah serius dan sedih yang memberikan kesan yang membawa kemurungan.

Setelah beberapa jam, bas semua api di kawasan itu telah dipadam. Setiap badan yang tidak hidup atau cedera telah dipindahkan dari kawasan itu. Malam sudah menyerkup selimut hitamnya kepada kawasan itu. Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Kegelapan malam memberi kesan yang memurungkan. Aku diberitahu bahawa letupan itu adalah pengeboman nekad. Kesedihan dan kemarahan menyelubungi badanku. Banyak orang yang tidak bersalah telah terkorban. Aku berasa sangat marah terhadap pengebom nekad yang telah menyebabkan akibat ini yang sangat menyedihkan. Kerajaan mesti mengambil langkah untuk mengelakan kejadian seperti ini berlaku. Setiap orang juga mesti memastikan mereka tidak terlibat dalam pengeboman nekad. Jika seluruh negara berkejasama, peristiwa seperti ini pasti tidak akan berlaku sekali lagi.

1 comment:

:adeeb-fazah: said...

Salam Sejahtera. Saya rasa cerita awak telah diceritakan dengan amat jelas dan kadang kala terlalu grafik. Tetapi ini boleh menjadi kebaikan - sesuatu faktor yang membezakan awak daripada yang lain. Syabas! Walaupun bahasa tersilap di sini sana, kiasan yang telah digunakan amat benar-benar indah dan bermutu. Walaubagaimanapun, cerita awak menjadi ulasan akhbar di perenggan penutup. Mungkin harus lebih berhati-hati tentang gaya penulisan tersebut. Percubaan yang bernas. =)