Sunday, June 24, 2007

Jurnal Melayu

Jurnal

Hari Pertama : 28th Mei 2007

Hari ini saya berangkat ke Korea pada jam 10. Semua murid di Program Bersepadu Victoria (VIP) mesti berkumpul di terminal satu pada jam 925. Saya bertiba pada jam 920 lalu mengumpul tiket serta pasport saya supaya boleh mendaftar masuk beg saya.
Setelah membuat perkara tersebut, saya menuju ke pintu 42 bersama Lavan, Kundan dan Tim. Di sana, kami diperlu menunggu selama lima minit sebelum kami dibolehi memasuk kapal terbang. Saya duduk sebelah Adeeb dan berasa seronok berbual denganya semasa penerbangan itu. Kami dipaksa untuk tidur kerana penerbangan itu akan tamat hanya pada esok pagi.

Hari Kedua : 29th Mei 2007

Kami tiba di Lapangan Terbang Incheon-Korea pada pukul 6.30 pagi. Kami mengambil beg masing-masing lalu menaiki bas dengan segera. Kami memulai pelancongan kami dengan melawati Blue House di Bandar Seoul. Itu adalah tempat di mana pelbagai jenis budaya dan sejarah Korea dipamerkan. Selepas itu, kami melawat Deok Su Gung Palace, sebuah istana untuk kerajaan pada zaman dahulu, dan mempelajari tentang cara kehidupan kerajaan di korea pada zamman dahulu. Banyak hukum serta kejadian pada masa dahulu dipelajari daripada kunjungan ini. Kami datang pada masa yang tepat supaya mendapat peluang untuk melihat persembahan proses menukar pengawal Istana. Setelah itu, kami diberikan masa lapang di pusat membeli-belah Doota dan Pasar Dong Dae Mun. Saya membeli makanan Jepun untuk dimakan kerana ia adalah antara makanan laut yang halal. Setelah beberapa jam berjalan-jalan untuk mencari barang untuk membeli, masa yang diberi untuk masa lapang telah tamat dan saya tidak membeli apa-apa pun daripada pelbagai jenis barang yang murah yang terdapat di sana.

Setelah itu, kami menziarahi bangunan syarikat LG. Kami berpeluang menyertai aktiviti yang terdapat di pameran itu yang membolehkan kami mempelajari tentang kecanggihan teknologi mereka. Salah satu daripada aktiviti yang terdapat di tempat itu adalah sebuah mesin yang mengimbas wajah seorang lelaki dan perempuan dan meramalkan wajah anaknya jikalau mereka mempunyai seorang anak di masa depan. Sesuatu aktiviti yang juga agak menarik dan mempesonakan adalah sebuah mesin yang mengimbas wajah seorang lalu melukis wajahnya dengan ketepatan dan penuh dengan butiran. Terdapat juga persembahan video tentang isu seperti kecemaran alam semula jadi dan cara ia boleh dicegahkan dengan teknologi yang telah direka oleh syarikatnya. Saya amat puas dan gembira terhadap peluang untuk mengalami kunjungan ini kerana pelbagai pengajaran yang diperolehi. Saya juga mendapat imej yang baru terhadap syarkiat ini.

Setelah itu, kami mengujungi Tugu Peperangan Korea dan melihat pelbagai jenis kenderaan peperangan yang digunakan oleh askar Korea. Semua penjelasan yang ditulis di sana adalah dalam bahasa Korea dan pemandu kami tidak menjelaskan perkara di sini untuk kami. Ini menyebabkan kami tidak mempelajari apapun. Walaupun begitu saya tetap merasa seronok mengambil gambar dengan kenderaan tersebut.
Setelah itu, kami dibawa ke sebuah restauran yang menjual makanan korea. Terdapat pelbagai barang budaya Korea yang dipamerkan dan pelanggan harap duduk di lantai dan makan dengan meja yang rendah. Murid beragama muslim dibawa ke sebuah restauran India kerana makanan yang terdapat di restauran Korea itu tidak halal. Kami dihidangkan pelbagai makanan India yang berasa sedap tetapi pedas. Selepas kami puas makan, kami dibawa ke hotel yang dipanggil Sofitel Ambassador Seoul dan dibolehkan tidur sepanjang malam. Saya berkongsi bilik dengan Adeeb.

Hari Ketiga : 30th Mei 2007

Saya terjaga daripada tidur hari ini lalu ternampak jam dan terdapat bahawa hanya 20 minit hingga kami diperlu berhimpun di lobi hotel. Saya dipaksa untuk bersedia dengan cepat. Walaupun saya agak lambat, masih terdapat orang yang belum hadir di lobi hotel. Setelah semua orang hadir, kami dibawa untuk makan pagi. Semua murid muslim dan vegetarian dibawa ke ‘Dunkin’ Donuts’untuk makan pagi. Kami dibawa ke sebuah sungai bernama Cheong Gye Cheon setelah kami selesai makan pagi. Ia sebuah sungai yang mengalir di tengah bandar Seoul. Ia dihiaskan dengan air pancut dan dan direka bentuk supaya kelihatan lebih menarik. Setelah itu kami dibawa ke sesuatu tempat makan, untuk makan tengah hari.

Setelah itu, kami melawat sebuah sekolah di daerah pergunungan di Gangwando. Saiz sekolah tersebut mempunyai kebesaran yang mencuar tinggi melampaui saiz Makhtub Rendah Victoria. Ia dibina untuk mendidik murid-murid yang berkaliber dan mempunyai potensi untuk menjadi ketua Korea. Setelah kami kemas dan bersedia, kami masuk ke dalam sekolah tersebut dengan penuh ghairah. Kami di dialu-alukan dengan ucapan daripada pengetua sekolah. Setelah itu, beberapa murid daripada Makhtab Rendah Victoria menyembahkan konsep ‘Mass Dance’ kepada murid sekolah itu dengan berjoget tarian yang bernama ‘neutron’. Persembahan itu diikuti dengan persembahan musik daripada murid sekolah itu. Setelah itu, kami dibolehkan berinteraksi dengan murid-murid di sekolah tersebut. Salah satu daripada mereka, memandu kami sekeliling sekolah mereka. Saya sangat dipesonakan dengan kemudahan dan bangunan yang terdapat di sekolah itu. Mereka mempunyai sebuah padang besar, tempat khas untuk bermain alat muzik, gelanggang tennis dan sebuah asmara. Saya juga mempelajari bahawa mereka juga mesta mengambil peperiksaan untuk masuk ke sekolah ini dengan sistem serupa dengan Sekolah Menengah Victoria. Setiap murid juga mempunyai kepengetahuan bahasa inggeris yang agak tinggi dan boel berbual dengan lancar. Setelah habis melihat sekolah tersebut dan mengabil gambar dengan murid tersebut, kami bertolak ke sebuah restoran untuk makan malam.

Di restoran itu, kami belajar cara untuk membuat beberapa makanan budaya Korea. Rasanya tidak sedap dan agak pedas. Kami mengeluarkan kuih hari jadi untuk lima orang yang mempunyai hari jadi dalam masa pelancongan di korea. Orang tersebut adalah empat murid, Yuhan, Leslie, Lavan, Asyraf bersama dengan seorang guru, Mrs Jay. Setelah merayakan hari jadi orang tersebut, kami dibawa ke hotel yang bernama Pheonix Park Ski Resort. Sebelum kami dibolehkan tidur, sebuah pertandingan yang bernama ‘K-Nite’dianjurkan. Ia adalah sebuah masa di mana setiap kelas akan menyembahkan sebuah babak sepanjang sepuluh minit. Babak setiap kelas sudah disediakan dengan skrip, pelakon dan alatan sebelum pelancongan ke korea. Setelah setiap kelas sedia, kelas 07v13 menyembah pertama, diikuti dengan 07v11, 07v12 dan 07v14. Saya berasa sangat gembira apabila guru-guru menyata bahawa kelas 07v13 telah memenangi pertandingan ini. Setelah itu, kami dibolehkan tidur.

Hari Keempat: 31th Mei 2007

Pada hari ini, kami pergi ke Pusat belia Pyeong Chang Kebangsaan. Ia adalah sebuah pusat di mana seorang belia boleh mengalami pencabaran dalam pelbagai aktiviti yang diadakan. Setelah pengetua tempat itu memberi kata-kata aduannya, kami dibolehkan memula membuat aktiviti tersebut

Aktiviti pertama adalah aktiviti di mana murid diberi satu daripada empat alat musik tradisional dan diajar cara untuk menggunakannya. Setelah setiap murid mempunyai pengetahuan tentang cara untuk bermain alat musik itu, kami diajar beberapa paluan untuk setiap alat musik supaya boleh membuat persembahan yang agak menyeronokkan.

Aktiviti kedua adalah aktiviti yang bernama ‘wood painting’atau pengecatan kayu. Aktiviti ini mengandungi kegunaan sebuah besi pematerian untuk membuat kesan terbakar di atas sebatang kayu dengan cara yang akan menghasilkan gambar atau perkataan. Setiap murid diberikan alat-alat tersebut untuk membuat aktiviti itu. Terdapat beberapa murid yang mendapat hasil yang agak menyeronokkan dan cantik.

Setelah itu, kami dibawa ke restoran untuk memakan tengah hari. Kami juga diberikan masa lapang untuk rehat. Saya bersama dengan beberapa murid berpeluang bermain bola sepak dengan budak daripada Korea. Mereka berusia 14 tahun tetapi agak pendek. Skor di akhir pertandingan itu adalh 2 – 1 di mana murid dari Makhtab Rendah Victoria menang.

Aktiviti ketiga diadakan setelah masa rehat tersebut adalah sukan memanah. Kami diajar cara memanah sebelum diberi peluang untuk memanah dengan tiga batang panah kepada sebuah papan. Hanya beberapa murid boleh memanah panah tersebut kepada papan itu. Guru juga diberi peluang untuk mencuba aktiviti ini.

Setelah itu, kami membuat aktiviti keempat tentang seni pertahanan diri tradisional Korea. Kami membuat beberapa pergerakan untuk memanaskan badan sebelum diajar beberapa gerakan untuk mempertahankan diri. Cara mempertahankan diri daripada pukulan atau tendangan diajar serta cara untuk menyandung orang yang menyerang. Kami berpeluang membuat aktiviti astronomi setelah dibawa ke restoran untuk makan malam. Kami dibolehkan menggunakan teleskop untuk mendapat pemandangan bulan yang lebih dekat. Kami juga berpeluang melihat planet Jupiter dengan teleskop yang besar dan canggih. Setelah aktiviti itu, kami dibawa ke hotel untuk bermalam. Saya rasa amat gembira diberi peluang membuat perkara yang belum membuat. Beberapa pengajaran juga boleh terdapat daripada aktiviti-aktiviti ini yang boleh digunakan sepanjang hayat. Ini merupakan aktiviti yang sangat berkesan dalam pengajaran saya.




Hari Kelima: 1st Jun 2007

Pada hari ini, kami berangkat ke daerah DaeJeon pada waktu pagi. Kami mengunjungi Muzium Sains Kebangsaan yang terletak di daerah itu. Pelbagai artifak dan objek saintifik yang dipamerkan yang menunjukkan sejarah sains serta beberapa teknologi canggih yang terdapat di dunia ini. Terdapat juga sebuah pameran khas yang menunjukkan para pungunjung pembangunan sains dan toknologi di Korea. Terdapat juga bahagian yang mengaitkan sains dengan seni, seperti bagainmana cahaya boleh menjejaskan fokus dalam sebuah lukisan. Pameran yang terdapat di dalam muzium ini juga mengandungi aktiviti yang melibatkan murid, seperti sebuah bilik yang senget dan memberi kesan memeningkan.

Setelah itu, kami mengunjung Muzium Pelajaran Hanbat. Pelbagai benda dipamerkan yang menunjuk kemajuan pendidikan Korea. Objek seperti buku-buku lama, alat tulis yang lama dan pelbagai perkara yang lain terdapat di tempat itu. Kami dapat menghayati kehidupan seorang pelajar Korea pada zaman dahulu. Setelah itu, kami dibawa ke Hotel YouSung untuk bermalam.

Hari Keenam: 2nd Jun 2007

Kami dibawa ke Taman Expo DaeJeon secara kenderaan bas pada hari ini. Terdapat beberapa pameran yang mempunyai pelbagai bentuk dan isi yang berbeza. Kami diiberikan tiket yang membolehkan kami memasuki hanya empat pameran. Terdapat juga pameran yang boleh masuk secara percuma. Saya pergi ke pameran percumu dahulu yang menunjuk beberapa teknologi canggih seperti kereta yang mempunyai skrin televisyen di belakang kerusi. Banyak teknologi terkini juga dijelaskan dengan butiran. Setelah saya habis melihat objek yang dipamerkan di pameran itu, saya mengikuti beberapa kawan ke wayang di mana kerusi bergerak mengikut filem yang ditayang. Pengalaman di tempat itu sangat menarik kerana ia adalah kali pertama. Setelah itu, saya bersama dengan beberapa kawan yang lain pergi ke satu lagi wayang yang 3D yang bernama Technotopia. Pengalaman ini sangat mempesonakan dan unik. Ia menunjuk kecanggihan teknologi manusia yang memaju setiap saat. Setelah kami puas mengunjung pameran yang lain, kami makan tengah hari sebelum berangkat ke sebuah kampung yang bernama ‘Korea Folk Village’.

Kami dapat mengalami hari seorang daripada kampung Korea dengan rumah dan barang yang dijual yang seolah-olahnya serupa dengan perkampungan di Korea. Di sana, kami dapat melihat beberapa persembahan tradisional. Persembahan pertama adalah tentang dua orang akrobat perempuan yang membuat beberapa pergerakan yang mencabar apabila dia meloncat tinggi. Persembahan kedua adalah tentang seorang akrobat lelaki yang tua yang berjalan di atas tali yang tipis serta membuat pergerakan yang mencabar seperti berduduk dan banyak lagi. Setelah itu, kami menuju ke arah tempat persembahan ketiga tentang beberapa orang lelaki yang menaiki kuda sambil membuat gerakan yang mencabar seperti melontar lembing ke sebuah papan serta memanah ke sebuah papan dan banyak perbuatan mencabar yang lain. Setelah itu, dibawa ke tempat lain untuk melihat persembahan perkahwinan tradisional Korea. Prosess pelakuan tersebut unik. Setelah itu, kami diberi masa lapang. Saya bersama dengan kawan yang lain pergi ke sebuah rumah berhantu. Ia tidak menakutkan tetapi lucu kerana beberapa orang yang memekik apabila ternampak benda di dalamnya yang menakutkan kepada mereka tetapi tidak menakutkan kepada saya. Setelah itu, kami dibawa ke hotel terakhir kami yang bernama Soeul Palace Hotel.

Saya telah belajar banyak tentang teknologi dunia ini serta tentang perkampungan korea pada hari ini. Maklumat ini penting bagai pengetahuan am supaya boleh berkomunikasi dengan orang yang lain secara berbual tentang perkara yang mempesonakan ini.

Hari Ketujuh: 3rd Jun 2007

Kami mengunjung Demilitarized Zone (DMZ) pada hari ini. Ia adalah sebidang tanah yang merapatkan perhubungan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Ia tidak disentuh daripada manusia pada masa yang lama. Ia dibina kerana kedua-dua bahagian Korea berperang dan bersetuju untuk membina sebuah bangunan yang memisahkan kedua-duanya untuk berhenti berperang. Tempat itu merupakan ikon yang agak menyedihkan kerana banyak keluarga dipisahkan kerana sebahagian daripada keluarganya tinggal di Korea Selatan dan bahagian yang lain tinggal di Korea Utara. Kami diberi penjelasan daripada askar di sana lalu dibolehkan melihat tempat itu dengan pertolongan teleskop. Gambar tidak boleh diambil di tempat ini. Setelah puas melihat tempat ini, kami dibawa ke Stesen Korail. Stesen ini adalah tempat di mana orang dapat izin untuk menaiki keretapi untuk dibawa ke Korea Utara. Setelah itu, kami melawat Namsangol Hanok Village yang agak serupa dengan Korean Folk Village. Kami dapat menghayati pelbagai perkara tradisional Korea seperti kaligrafi dan permainan tradisional yand dimain oleh budak kampung pada masa dahulu. Terdapat juga persembahan musik dan tarian yang terdapat di tempat itu. Ia adalah pengalaman tradisional Korea yang sangat unik dan menarik. Setelah persembahan tamat, kami dipanggil ke bas untuk pulang ke hotel.


Hari Kelapan: 4th Jun 2007

Pada hari ini, kami melawat Seoul Grand Park, di mana terdapat pelbagai haiwan yang boleh dilihat. Tempat yang paling mempesonakan di tempat ini adalah sebuah tempat yang bernama ‘Manmade Breeding Pavilion’di mana haiwan dibesarkan oleh manusia, bukan ibubapanya yang asal. Terdapat banyak haiwan muda yang sangat comel dan aktif. Terdapat seekor anak monyek yang meloncat ke arah skrin apabila ternampak kami datang.

Setelah itu, kami pergi ke ‘Seoul Theme Park’di mana banyak permainan menarik terdapat di sana. Kami berpeluang pergi ke hanya 5 daripada banyak permainan yang terdapat di situ. Saya menaiki 2 ‘roller coaster’ dahulu. Ia kali pertama saya mengalami perasaan teruja semasa menaiki ‘roller coaster’ tersebut. Setelah itu, saya menaiki kapal Viking. Ia adalah sebuah kapal yang akan bergoyang dengan laju dan tinggi. Setelah itu saya pergi ke satu lagi kapal Viking, tetapi ia bergerak sambil penumpangnya terbalik. Akhirnya, saya menaiki kereta ‘bumper’.

Setelah itu, kami pergi ke Muzium Seni dengan tujuan untuk menggunakan artifak yang terdapat di situ untuk projek mata pelajaran Language Arts. Setelah itu, kami dibawa ke sebuah pusat membeli belah yang berdeatan dengan hotel kami. Saya membeli sebuah kasut bola sepak untuk kawan saya sebagai hadiah untuk hari lahir kawan saya. Saya tidak beli apapun selain daripada itu kerana semua benda yang dijual boleh dibeli dengan lebih murah di Singapura. Selepas kami puas di situ, kami pulang ke hotel.

Hari Kelapan: 4th Jun 2007

Pada hari ini, hari yang terakhir, kami ke kilang syarikat KIA. Kami ditunjukkan persembahan video tentang inovasi dan perdagangan yang digunakan oleh KIA. Kami juga dapat melihat beberapa jenis kereta mereka. Kami juga dapat melihat cara mereka membuat keretanya. Ia amat mempesonakan untuk melihat mereka membuat kereta tersebut.

Setelah itu, kami pergi ke restoran untuk makan tengahari dan juga dibolehkan mmbeli pelbagai barang yang dijual di situ. Saya membeli sebuah alat musik tradisional yang akan digunakan untuk projek yang diberikan. Setelah itu, kami dibawa ke lapangan terbang dan berangkat ke Singapura. Kami menaiki KE641 dan tiba di Singapura pada pukul 9.25 malam

Saya amat puas berpeluang pergi ke Korea dan mengalami adat serta budaya yang lain. Banyak pengajaran juga didapati daripada pelancongan ini yang boleh digunakan sepanjang hayat. Saya mahu berpeluang sekali lagi ke Korea supaya boleh mengalami tempat yang terdapat di situ yang sangat unik.

Tuesday, May 1, 2007

Surat Rasmi

Sufian bin Azman
Blok 16 Taman Cendana
#11-249
Singapura 778016

20 Februari 2007

Penerbit
Harian Masyarakat
34 jalan kembara
Singapura 944034

Tuan

Kelakuan Remaja di Kereta Api MRT Yang Tidak Sopan

Berhubungan dengan perkara di atas, saya seorang murid daripada Maktab Rendah Victoria ingin menyuarakan keprihatinan saya terhadap kelakuan beberapa remaja di kereta api MRT yang kurang sopan. Prekara yang akan saya kuongsi ini berkenaan pengalaman saya sendiri di sebuah MRT dalam perjalanan saya ke dari Tampines ke City Hall.

Ia terdapat bahawa beberapa remaja tidak berdisiplin di tempat awam. Saya bersama dengan beberapa kawan ternampak beberapa remaja berkelakuan sopan. Kumpulan tersebut terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur sekitar tujuh belas tahun. Dalam masa 30 minit, mereka telah berkelakuan yang kurang sopan dan menganggu ketenteraman penumpang yang lain

Pertama, mereka duduk di lantai kereta api MRT sambil bergurau dengan suara yang sangat kuat tanpa menyedari bahawa penumpang kereta api MRT lain yang marah terhadap kelakuan mereka itu. Percakapan mereka juga tidak sopan. Mereka memaki tanpa menghiraukan kehadiran beberapa penumpang di kereta api MRT yang masih muda.

Setelah mereka bergurau selama sepuluh minit, mereka bermula bercembuan di khalayak ramai. Kelakuan ini membuatkan ramai penumpang dewasa yang membawa anak menjadi marah. Salah seorang daripada mereka cuba memarahi remaja itu tetapi mereka mengancam untuk membelasah dia kalau dia memarahi mereka sekali lagi.

Selepas melakukan perkara tersebut, mereka duduk di lantai kereta api MRT dengan cara yang biadap sambil mendengar muzik yang mengandungi kata yang tidak sopan. Lagu di radio dimainkan sangat kuat, sehingga seorang bayi yang sedang tidur di dalam gerabak kereta api MRT dan menyebabkanya menangis.

Saya mahu menyaran langkah yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Sebuah kumpulan polis yang berfokus untuk memastikan remaja yang membuat perkara tersebut ditangkap dan dihukum boleh ditubuhkan. Dengan pasukan ini, remaja-remaja yang berkelakuan tersebut akan sedar kesalahannya dan berfikir sebelum membuat tersebut.

Dengan ini, saya berharap tuan dapat memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

Yang Benar



Sufian bin Azman
Murid Makhtab Rendah Victoria

Monday, April 30, 2007

Karangan Kreatif

Kamu terpaksa membuat satu pilihan yang membawa kesan besar kepada diri kamu. Tulis sebuah karangan berdasarkan pengalaman kamu itu.

Suara tangisan ibuku bergema di udara. ‘KENAPA?’ menjerit ibu dengan nada yang penuh kesedihan. Aku termenung memandang ke arah ibuku, mendengar kata jeritannya terngiang – ngiang di kepalaku apabila aku terdengar sesuatu berita yang sangat mengejutkan. Ayah telah meninggal dunia secara tiba – tiba. Dia dijumpai di bawah rumah pangsaku dengan darah menganak sungai meleleh daripada beberapa tempat di badannya. Seorang anggota keluargaku yang dianggap amat penting sepanjang lapan belas tahun hidupku. Fikiran kehilangannya tidak pernah terlintas di benak. Beberapa titis air mata meluncur atas pipi lembutku. Keluargaku dalam situasi yang bahaya. Ibuku tidak bekerja untuk menjaga adikku yang berjumlah empat orang. Aku, sebagai anak tertua, sekarang bertanggungjawab kepada keluargaku. Tekanan daripada situasi ini serta daripada sekolah, membuat dadaku berdebar kerana stres yang berat. Tiba – tiba, deringan telefon bimbitku memenuhi gegendang telingaku.
‘Eh, Mad!’ kata kawanku yang sering menggunakan nama gelaranku,’ Datang ke bawah blok sekarang. Kami mahu membelasah kumpulan samseng yang memaki kami pada hari itu dan kami mahu kamu mendampingi kami.’
‘Maaf, aku tidak boleh datang sekarang. Ayahku baru meniggal dunia dan aku sedang menghadiri upacara pengebumiannya,’ kataku dengan nada bercampur marah dan kesedihan.
‘Apa ini? Kamu sudah melupakan kawanmu untuk ayahmu yang selalu memarahi kamu? Kalau seperti itu, kamu akan kami singkitkan daripada kumpulan kami. Aku juga terdengar kumpulan itu yang membunuh ayah kamu,’ ujar kawanku.
‘Apa? Betul? Baiklah, aku dalam perjalananku ke tempat itu sekarang,’ kataku sambil mematikan telefon bimbitku. Aku tidak sedar bahawa pilihan yang aku ambil akan membuatku menyesal sepanjang hayat. Aku berjalan ke tempat pertemuan dengan senyap - senyap tanpa mengganggu anggota keluargaku yang sedang berkabung.

Dada malam dihiasi dengan butir-butir bintang yang mengerdip cantik. Angin semilir menyapa pipiku. Aku ternampak semua anggota kumpulan samsengku yang bersiap-sedia di bawah blok. Mereka memegang beberapa jenis senjata yang dipikul di bahu mereka. Wajah mereka bersinar dengan tujuan sinis. Kami bercadang untuk menyerang mangsa kami secara tiba – tiba. Aku mengisyiaratkan kepada kumpulanku untuk pergi ke arah tempat di mana kumpulan musuh sering melepak. Dengan langkah yang penuh kesungguhan dan harapan untuk membalas dendam, kumpulanku menuju ke arah tempat tersebut.

Pohon-pohon yang terdapat di kawasan itu berbisik apabila ditiup angin. Anggota kumpulanku bersembunyi di antara dedaun sambil menunggu isyarat serang daripadaku. Musuh kami sedang duduk dan berbincang di hadapan kami, tanpa menyedari tentang kehadiran kami di hutan yang di sekeliling tempat duduk mereka. Hilai tawa mereka yanf terbahak-bahak bergema di udara. ‘SERANG,’ jeritku dengan senyuman sinis yang terukir di bibirku. Semua anggota kumpulanku keluar daripada hutan secara tiba – tiba yang membuatkan semua musuh kami terperanjat. Kami mengerat mereka tanpa teragak-agak. Terdapat ramai orang yang terbaring memekik dalam kesakitan. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi siren polis yang semakin kuat setiap saat. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku. Tiba-tiba aku terasa sesuatu menembusi kakiku. Kesakitan yang memenuhi setiap gerakan badanku tidak boleh ditahan. Tiba-tiba aku terasa sepasang tangan menyambar badanku. Aku telah ditangkap.
Suria muda memancarkan sinarnya kepada bumi. Pandanganku kembali seperti biasa dan aku terasa kepanasan suria muda yang menyusup masuk jeriji. Tembok yang di sekelilingku seolah–olah memberi kesan yang sangat menyedihkan. Bunyi tangisan seorang perempuan memenuhi bilik itu. Kesedihan yang menyelubungi badanku semakin berat apabila aku tersedar bahawa tangisan itu daripada ibu. Aku terdengar suara seorang sedang menjelaskan keadaanku kepada ibuku. Aku akan dibawa ke mahkamah, untuk dihukum. Aku menyesal semua perbuatanku walaupun ia untuk membalas dendam kematian ayahku.

Perbuatanku telah membawa kesan besar kepada keluargaku. Kami kini mengalami keadaan miskin, di mana kami tidak memiliki wang untuk membeli makanan yang sedap-sedap. Aku mesti dipenjara selama empat tahun kerana kelakuanku yang membuatku menyesal. Aku telah belajar seusatu yang baru dalam pengalamanku. Aku telah belajar supaya selalu berfikir sebelum membuat sesuatu.

Karangan Argumentatif

Singapura Membosankan. Remaja Singapura kekurangan aktiviti untuk dilakukan. Bincangkan

Singapura dianggap sebagai sebuah negara yang membosankan oleh para remaja yang mengalami kehidupan seharian di negara ini. Para remaja kekurangan akitiviti untuk dilakukan dalam masa lapang atau sebagai rekreasi. Terdapat pelbagai sebab yang menunjukkan bahawa Singapoura adalah sebuah tempat yang membosankan. Sebab – sebab tersebut menyentuh aspek fizikal negara Singapura, kekurangan sumber penting dan peraturan.

Singapura adalah sebuah negara yang mempunyai ruang terbatasyang dianggap sebagai suatu kekurangan. Singapura tidak mempunyai ruang untuk membina kemudahan untuk digunakan oleh remaja. Walaupun terdapat beberapa taman di Singapura, ia tidak cukup untuk bilangan remaja yang terdapat di Singapura. Singapura juga tidak mempunyai tarikan alam semula jadi seperti jurang atau gunung yang membolehkan remaja membuat aktiviti seperti terjun bungee. Pelbagai alam semula jadi yang lain tidak terdapat di Singapura yang membuatkan tempat ini membosankan.

Singapura juga mempunyai peraturan yang sangat ketat. Remaja tidak boleh didapati berkeliaran selepas pukul dua belas malam. Mereka akan diberi amaran oleh pihak polis untuk pulang ke rumah. Ibu bapa juga akan diberitahu kalau anak mereka masih berada di tempat awam pada waktu tersebut. Walaupun ini baik untuk keselamatan remaja, ia menyekat kehidupan sosial remaja. Sistem persekolahan di Singapura yang memerlukan remaja yang bersekolah untuk bersekolah hampir sepenuh hari yang menyebabkan kekurangan msasa untuk membuat aktiviti yang lain selain menghabiskan kerja sekolah.

Remaja mengalami masalah dari segi bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan. Ini adalah kerana kemudahan awam yang terdapat di Singapura tidak membolehkan mereka pergi ke sesuatu tempat dalam masa yang singkat.. Pemerintah harus membina lebih banyak tempat rekreasi di setiap kawasan di sini atau menyingkatkan masa yang diperlukan untuk sampai ke sesuatu tempat.

Ibu bapa di Singapura lebih prihatin terhadap anak-anak mereka menggunakan internet. Ibu bapa memasang alat untuk menyekat penggunaan internet bagi anak- anak mereka. Dengan sekatan ini akiviti mereka lebih terhad kepada aktiviti yang tidak menarik.

Semua fakta ini menunjukkan bahawa Singapura membosankan. Remaja zaman ini, yang mudah terpengaruh dengan idea dan sikap orang barat akan merasa sesuatu kekurangan apabila membandingkan Singapura dengan negera lain. Mereka akan merasa bahawa Singapura membosankan kerana kekurangan aktiviti untuk dilakukan.

Thursday, March 8, 2007

Komentar dari Cyberita

GAJI MENTERI DAN MASA DEPAN NEGARA

Jumaat, 13 April 2007

PERBAHASAN mengenai gaji menteri telah pun tamat, namun gemanya akan berterusan buat beberapa ketika. Belum ada negara yang membincangkan soal gaji pemimpinnya dengan begitu terbuka dan meluas seperti Singapura. Bagi sesetengah negara, gaji pemimpin tidak dianggap sebagai satu isu. Sebaliknya pemilihan seseorang untuk menjadi pemimpin sudah dianggap satu penghormatan tinggi kerana ia menjadi kunci untuk memperolehi pelbagai ganjaran dari segi pengaruh, kuasa dan pelbagai faedah yang jauh melebihi nilai gaji yang ditawarkan.

Bagi Singapura pula, isu gaji menteri dan pegawai kanan perkhidmatan awam dikaitkan dengan cabaran mendapatkan bakat terbaik daripada kumpulan yang amat terbatas, yang turut cuba direbut oleh sektor swasta. Ia juga berkait rapat dengan usaha memastikan kemampuan negara ini meneruskan daya saingnya dalam dunia yang semakin sengit cabarannya. Dalam lain perkataan, ia satu persoalan serius mengenai masa depan negara ini.

Kesediaan pemerintah untuk mendedahkan jumlah keseluruhan gaji yang diterima oleh para menterinya mencerminkan ketelusan dan wewenang moral di peringkat tertinggi. Inilah keunikan kita. Ini jugalah yang menjadikan kita berbeza daripada negara-negara lain. Tugas sebagai menteri sememangnya memerlukan pengorbanan tinggi dan tidak harus dinilai dari segi ganjaran kewangan. Namun, kita perlu bersikap realistik dan berpijak di bumi nyata. Soal wajar atau tidak jumlah gaji yang ditetapkan itu mungkin akan terus dipertikaikan, namun yang lebih penting ialah penerimaan terhadap prinsip di sebalik penetapan gaji tersebut iaitu perlunya kita menawarkan ganjaran yang setimpal jika ingin mendapatkan bakat terbaik untuk menerajui negara ini.

Hakikat bahawa Singapura kini makmur dan tergolong dalam liga Dunia Pertama tidak berlaku secara automatik. Ia adalah hasil kepimpinan barisan pemimpin kita yang pertama. Dengan saiz yang begitu kecil dan tanpa sebarang sumber mentah, penakatan kita selanjutnya akan bergantung kepada kemampuan kita untuk terus melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber tinggi dan komited sepenuhnya kepada Singapura. Bagaimanakah kita mendapatkan mereka ini? Jika kita sedar tentang seriusnya realiti yang kita hadapi sebagai sebuah negara dan sedia bersikap rasional dan bukannya emosional, kita tidak akan berasa perlu untuk berdebat hangat lagi tentang isu ini pada masa depan nanti.

- Ulasan -

Saya rasa bahawa Singapura mempunyai sebuah menteri yang berkesan. Mereka mempunyai pelbagai ganjaran dari segi pengaruh, kuasa dan pelbagai faedah yang jauh melebihi gaji yang ditawarkan apabila mereka diberi kerja sebagai seorang anggota menteri tetapi juga tetap mempunyai sikap tanggungjawab yang menjauhi diri mereka daripada kerosakat akhlak. Menteri Singapura mempunyai struktur yang sangat berkesan. Semua pilihan mereka adalah untuk rakyatnya dan tidak untuk faedah sendiri. Kejayaan Singapura dalam liga Dunia pertama adalah akibat perbuatan menteri Singapura. Ini menunjukkan bahawa kami harus bersyukur dan gembira terhadap pemerintah yang terdapat di Singapura. Kami tetap berfikir tentang pengorbanan setiap anggota menteri yang dilaksanakan untuk berkhidmat kepada negara dan merasa perasaan syukur dan bangga terhadap mereka.

Saya juga berasa bahawa pemerintah diberi gaji yang dinaikkan dengan sebab yang baik. Ia adalah kerana mereka dipaksa membuat beberapa pengorbanan seperti masa dengan keluarga mereka untuk negara. Justeru, mereka patut menerima ganjaran tersebut. Mereka juga tidak mempunyai banyak faedah yang mereka mempunyai di pekerjaan sebelum mereka menjadi seorang pemerintah. Justeru, mereka patut menerima ganjaran tersebut untuk membayar untuk memperolehi faedah yang tidak diberi dalam pekerjaan sebagai seorang menteri kerana pekerjaan mereka sebagai anggota menteri tidak bermakna bahawa semua bahan yang mereka memperolehi didapat secara percuma. Justeru, mereka tetap diberi naik gaji. Perbuatan naik gaji, juga merendahkan potensi seorang anggota menteri untuk menjadi tidak berakhlak.

Kami mesti menyedarkan diri terhadap isu politik di Singapura. Ia adalah sesuatu aspek yang penting untuk kejayaan ekonomi Singapura kerana Singapura mempunyai saiz yang begitu kecil dan tanpa sebarang sumber mentah.

Saingan – pihak yang diatasi
Sengit – hebat bagi perkelahian
Ketelusan – kebolehan sesuati masuk
Wewenang –hak dan kekuasaan untuk membuat sesuatu
Berdebat - berbahas

Blog Untuk Bahasa Melayu

Ini adalah sebuah blog yang khas untuk Bahasa Melayu Lanjutan di VIP. Hanya Bahasa Melayu boleh digunakan di blog ini.