Sunday, July 27, 2008

karangan Deskriptif

Warna senja mula memamah suasana. Warna langit kemerah-merahan. Sebentar lagi malam akan bertahta. Angin semilir menyapa pipiku. Aku di sebuah pasar untuk tolong ibuku membeli bahan untuk memasak makanan untuk makan malam. Pelbagai suara kuat bergema di udara yang cuba mempromosi kedai mereka dengan memberi harga yang rendah atau memberitahu tentang barang mereka yang bermutu tinggi. Terdapat banyak orang yang berjalan di kawasan pasar ini dengan tujuan untuk membeli barang atau hanya untuk berjalan-jalan. Aku menuju ke kedai ikan lalu berdiri di depan kedai tersebut sambil berfikirkan jenis ikan untuk dibeli. Terdapat pelbagai jenis ikan yang diatur di atas air batu yang memberikan kesan yang membuat sesiapa yang melihat lapar. Tiba-tiba, deruman enjin bas yang kuat melanggar gegendang telingaku. Aku memusing kepalaku ke arah bas itu. Ia adalah sebuah bas awam yang berwarna putih. Pandangan bas itu dengan penumpangya yang berketawa membuatku berasa gembira terhadap kewujudanku di dunia ini. Tetapi kegembiraanku tidak kekal lama. Tiba-tiba, aku terdengar pekikan wanita dan beberapa saat setelah itu, bas tersebut meletup.

Bas tersebut meletup dengan bunyi yang menekam telingaku. Api serta serpihan yang berlumuran darah melepaskan dari bas tersebut yang mencederakan orang di sekeliling bas itu. Ramai orang di pasar itu menjadi cemas dan berlari untuk menjauhkan diri dari pasar kerana mereka takut akan ada letupan sekali lagi. Bunyi tangisan bayi dan pekikan orang yang cedera bergema di udara. Aku cepat menuju ke arah letupan tersebut dengan tujuan untuk menolong orang yang cedera. Bunga-bunga kemarahan mulai membenih wajahku apabila aku tidak boleh sesiapapun di bas yang telah berjaya hidup. Bas yang mulanya putih telah menjadi hitam dengan api yang menelan setiap permukaan di luar bas dan di dalamnya. Bau darah menyerbak di kawasan letupan itu. Aku ternampak seorang wanita yang berlumuran darah dengan serpihan yang terpasang di kawasan jantungnya. Terdapat juga beberapa orang yang lain yang dalam situasi di mana tidak ada harapan untuk mereka hidup. Air mata kemarahan dan kesedihan menitis dari bebola mataku yang merah. Tiba-tiba, aku terdengar seorang perempuan memekik untuk pertolongan. Aku menuju ke arah bunyi itu dan menolong perempuan itu menjauhkan diri dari tempat itu. Aku boleh mendengar siren ambulans dan polis yang mendekatkan kawasan itu dengan setiap saat. Apabila mereka sampai kawasan itu, aku menolong mereka mengangkat badan orang cedera ke dalam ambulans. Tidak ada sesiapapun di kawasan itu yang bersenyum. Semua orang mempunyai wajah serius dan sedih yang memberikan kesan yang membawa kemurungan.

Setelah beberapa jam, bas semua api di kawasan itu telah dipadam. Setiap badan yang tidak hidup atau cedera telah dipindahkan dari kawasan itu. Malam sudah menyerkup selimut hitamnya kepada kawasan itu. Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Kegelapan malam memberi kesan yang memurungkan. Aku diberitahu bahawa letupan itu adalah pengeboman nekad. Kesedihan dan kemarahan menyelubungi badanku. Banyak orang yang tidak bersalah telah terkorban. Aku berasa sangat marah terhadap pengebom nekad yang telah menyebabkan akibat ini yang sangat menyedihkan. Kerajaan mesti mengambil langkah untuk mengelakan kejadian seperti ini berlaku. Setiap orang juga mesti memastikan mereka tidak terlibat dalam pengeboman nekad. Jika seluruh negara berkejasama, peristiwa seperti ini pasti tidak akan berlaku sekali lagi.

Karangan

Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ‘Tangan mencencang, bahu memikul’

‘Tangan mencencang, bahu memikul’ bermakna bahawa setiap orang yang melakukan sesuatu yang salah atau tidak bertanggungjawab, dia mesti bertanggungjawab terhadap akibatnya

Warna senja mulai memamah suasana. Aku duduk tercantuk sambil menunggu masa berlalu. Bibirku kering mengelupas dan perutku berombak-ombak kecil kerana kekurangan makan dan minum. Angin dingin memasuki jeriji penjara membawa kesejukan yang menusuk tulang. Pakaianku yang tipis dan koyak rabak belum dibersihkan dalam masa yang tidak terkira. Bau busuk dari badanku dan pakaianku dapat kuhidu. Batuk meledak, membuat nafasku rasa tersendat-sendat. Aku sedang merenung ke arah tembok berwarna kelabu yang seolah-oleh memberi kesan yang amat memurungkan. Air mata penuh kesal menitis daripada mataku sewaktu aku teringat akan kelakuanku yang mengakitbatkan situasiku sekarang.....

Bunyi loceng memenuhi gegendang telingaku. Mataku terbuka besar, memandangi gred yang aku telah dapat untuk peperiksaan akhir tahun. Terdapat beberapa huruf F yang tercatat di buku rekodku yang teratur secara satu garis bagaikan ia mengusikku.
“Hey, Ilah, engkau hendak pergi lepak di luar? Aku sudah membeli satu paket rokok untuk digunakan hari ini,” ujar kawan karibku, Hafizah, dengan menggunakan nama gelaranku. Aku mengangguk kepalaku dengan perlahan lalu tanganku disambar oleh Hafizah dan aku dibawa ke luar sekolah. Aku berasa sangat sedih terhadap keputusan peperiksaan itu dan hendak melupakannya dengan menghisap rokok. Terngiang-ngiang janji ibu bapaku untuk memukul aku dan melarangkan aku keluar rumah jika aku mendapat keputusan buruk. Sebelum peperiksaan tersebut, aku dijerat dilema kerana kawanku mengharap aku keluar rumah dan berjalan-jalan dengan mereka. Aku juga mesti meluangkan masa dengan kekasihku. Aku terpengaruh oleh kata-kata mereka yang menyebabkan aku tidak menelaah untuk peperiksaan akhir tahun. Aku juga diberi amaran pada tahun yang lalu tetapi diberi peluang kedua.

Setelah sampai di luar sekolah Hafizah, kami mula menghisap rokok. Angin semilir menyapa lembut pipiku. Angin menggugurkan daun-daun kering dari phon-phon yang berjejer di sepanjang jalan.
‘Hafizah, sekarang aku berasa sangat sedih kerana keputusan sekolahku,’kataku dengan nada sedih.
‘Jangan sedih! Ia tidak penting. Engkau mempunyai wajah yang cantik dan ramai lelaki yang hendak berkawan dengan engkau,’ kata Hafizah dengan segaris senyuman terukir di bibirnya.
‘Tetapi aku akan dilarang keluar dengan kamu dan Hamid kerana keputusan ini. Apatah lagi, Hamid akan marah dan berpisah denganku,’ kataku dengan air mata menitis daripada mataku.
‘Jangan menangis, nanti aku juga akan menangis. Jangan pulang ke rumah dan bermalam di rumah aku. Pasti ibuku akan membenarkan,’kata Hafizah sambil mengelap air mata daripada pipi lembutku dengan kertas tisu.
‘Aku tidak boleh berbuat demikian kerana ibu bapaku akan menangkapku dan akan lebih marah. Mungkin hukuman akan menjadi lebih teruk,’ kataku.
‘Kalau begitu, kamu boleh cuba lari dari rumah. Aku kenal seseorang yang boleh menolong kamu. Dia seorang yang sangat kaya. Aku pernah meminta tolong daripadanya. Aku memerlukan wang untuk membayar bil telefon bimbitku dan dia memberiku wang secara percuma. Mungkin dia boleh menolong kamu,” kata Hafizah.
‘Aku akan berfikir sebulum berbuat demikian. Aku tetap pulang rumah sekarang atau ibuku akan memarahiku. Bye!’ kataku sambil melambai tanganku dan berlari ke rumahku yang terletak agak dekat sekolah.

Kepekatan malam sudah mewarnagelapkan langit. Apabila aku sampai di rumah, bapaku memaksaku agar menunjukkan buku rekodku. Wajah ayahku bagai gunung berapi yang terpendam, akan meletus, mengalirkan larva bila-bila masa sahaja. Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan. Tiba-tiba dia memekik dan memarahiku. Aku diserang ketakutan sehingga lututku lemah dan tanganku terkulai. Bapaku memukul aku beberapa kali sehingga aku menangis dan memekik untuk ibuku tolong. Ibuku hanya memberiku senyuman tipis sambil melihat aku dipukul oleh bapaku. Setelah ayahku berasa puas dan berhenti memukulku, aku berlari ke dalam bilikku dan menangis. Kemurungan menanggap badanku pada seluruh malam yang menyebabkan aku menangis sepanjang malam tanpa tidur.

Suria muda memancarkan sinarnya kepada bumi. Aku telah memberitahu Hafizah tentang pilihanku untuk menemui orang yang disebut. Aku memakai seragam sekolah untuk kelihatan seperti akan pergi ke sekolah supaya ibu bapaku tidak akan mencurigaku. Aku berjalan ke arah sekolah untuk bertemu dengan Hafizah lalu pergi menemu orang tersebut. Langkah-langkahku penuh dengan harapan dan keterujaan untuk menjadi gembira dan bebas. Tiba-tiba kami berhenti berjalan dan Hafizah menunjuk jari kepada seorang lelaki yang berbaju cantik. Wajahnya bersinar cerah dengan pancaran mentari kehidupan dari bebola mata yang coklat ceria. Tiba-tiba dia berjalan ke arah aku dan berhenti di depanku lalu bersenyum.
‘Hello, saya Ahmad. Kamu adalah seorang gadis yang mempunyai wajah yang sangat manis, tetapi kamu kelihatan seperti mengalami kemurungan. Aku boleh tolong kamu melakukan apa-apa sahaja untuk membuat kamu tersenyum,’ katanya sambil menyentuh daguku dengan tanganya dan tersenyum lebar.
‘Aku hendak lari dari rumah dan tinggal di tempat yang akan membuatku gembira’kataku dengan senyuman mesra yang terukir di mulutku.
‘Ikut saya’ kata Ahmad. Aku mengikutinya ke dalam sebuah bilik yang gelap. Tiba-tiba aku sedar bahawa Hafizah tidak mengikut kami.
‘ Hafizah ! Cepat datang!’ jeritku.
‘ Maafkan aku Ilah, Maafkan aku,’ kata Hafizah dengan nada sedih. Tiba-tiba kepalaku ditutup dan aku terasa sesuatu keras yang terkena kepalaku.

... Aku tidak ingat apa terjadi setelah itu. Aku terjaga di dalam bilik yang aku duduki sekarang. Aku dipaksa bekerja di lombong selama masa yang amat panjang. Aku masih belum tahu tempat kedudukanku. Aku terdengar daripada pekerja yang lain bahawa kami di negara China tetapi ada juga yang mengatakan bahawa kami di Filipino. Tiba-tiba seorang lelaki dewasa membuka pagar penjaraku.
‘Ikut saya,’ katanya dengan nada serius. Aku dibawa di tempat di mana banyak perempuan berbaris ke arah sebuah bilik. Jeritan kesakitan seorang perempuan boleh didengar di bilik tersebut. Ia adalah jeritan seorang perempuan yang dirogol.

Cerita ini menunjukkan bahawa setiap orang mesti bertanggungjawab kepada kelakuannya dan bertanggungjawab terhadap akibatnya. Ini sama seperti peribahasa ‘Tangan mencencang, bahu memikul’

Karangan

Tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu mengahadapi tekanan dan terangan cara kamu mengatasinya.

Warna senja mula memamah suasana. Matahari semakin menghilang di ufuk barat. Warnanya kemrah-merahan. Pohon-pohon yang menari–nari ditiup angin bagaikan berbisik. Aku dalam perjalanan ke rumah. Langkahku yang perlahan dan seolah-olahnya memberi bunyi seperti mengeluh yang menandakan hari yang panjang dan meletihkan. Aku telah membuat projek sekolah dengan kawan – kawanku dari pagi. Projek ini merupakan sesuatu komponen yang penting dalam penilaian sekolah. Kumpulanku telah menggunakan masa untuk membuat perbuatan yang menarik dan menyeronokkan sehingga melambatkan projek itu. Sekarang, kami sudah belakang masa dan terpaksa melaksanakannya secara tergesa-gesa. Hasil projek kami dijangka untuk mendapat markah yang rendah. Hari perbentangan projek itu akan diadakan tiga hari dari hari ini. Tekanan yang sangat kuat dan memurungkan dirasa olehku. Soalan-soalan tentang kemungkinan kebolehan kami yang lebih tinggi jika kami membuatnya secara segera terngiang-ngiang di kepalaku. Aku menghela nafas lega apabila ternampak pagar rumahku depanku. Aku boleh rehat daripada tekanan tersebut. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi seorang di rumahku menangis.

Aku bergerak secara cepat ke dalam rumah dan cuba mencari sumber bunyi itu. Tiba-tiba aku teringat siapa menangis seperti itu. Ia adalah ibuku. Pada masa yang sama aku membuka pintu bilik ibuku dan ternampak dia terbaring dengan mukanya ditutup dengan tangannya. Tangisannya yang teresak-esak bergema di udara. Titis air mata meluncur ke bawah pipi lembutnya.
‘Ibu, kenapa ibu menangis?’tanyaku dengan nada yang sedih daripada kelihatan ibuku yang sedih.
‘Azman, ibu menangis kerana ayah telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya,’ kata ibuku dengan nada penuh kesedihan. Aku diserang ketakutan kemungkinan kebenaran sesuatu yang sangat ditakuti olehku. Aku diserang ketakutan sehingga lututku lemah dan tanganku terkulai. Mataku mula melepaskan air mata.
‘ADAKAH IA BENAR IBU?’ kataku dengan suara yang ternaik.
‘Ya Azman, ibu tidak membohong. Ia benar. Kami akan mengadakan pengebumiannya esok setelah sekolah kamu,’kata ibuku sambil mengelap pipinya yang basah dengan air mata. Mataku membesar dengan rasa terperanjat. Itu adalah hari yang sama di mana persiapan projek terakhir akan diadakan. Tiba-tiba telefonku berdering.

Aku mengangkatnya dan suara kawanku segera didengar di gegendang telingaku.
‘Azman!! Engkau tahu tentang ujian sains esok? Aku hendak bertanya kamu beberapa soalan tentangnya,’ kata kawanku. Aku terperanjat sekali lagi. Aku belum menelaah untuk ujian itu kerana aku telah terlupa. Ia juga adalah subjekku yang paling lemah. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku. Aku tidak boleh gagal ujian ini kerana ia adalah yang paling penting.
‘Apa?! Aku telah terlupa. Aku tidak boleh menolong kamu. Aku mesti menglulang kaji sekarang. Sampai kami jumpa lagi!’ kataku sambil mencampak telefonku ke meja. Aku dalam tekanan yang lebih kuat daripada biasa. Aku belum pernah terasa tertekan setakad ini. Air mata berterusan menitis dari mataku. Dalam keadaan murung dan takut, aku tidak boleh menelaah untuk ujianku dan aku tidak boleh menolong kumpulan projekku yang sudah dalam banyak masalah. Aku rasa kehendakan untuk mati supaya membuang semua masalahku. Aku pergi ke dapur dan mengeluarkan sebilah pisau yang panjang dan tajam.


‘TIDAK! JANGAN MEMUTUS ASA DAN BERFIKIR!!!’jerit mindaku. Tiba-tiba aku tersedar terhadap kebodohan kelakuanku. Aku mesti berfikir dan cuba mendapat cara yang berkesan untuk mengatasi masalahku. Aku menyimpan pisau itu lalu duduk dan berfikir. Aku mengambil nafas panjang. Tiba-tiba aku terdapat satu idea. Aku akan cuba melupakan kesedihan terhadap kematian bapaku sampai hari pengebumiannya supaya tidak menjadi gangguan kepada pelajaranku. Aku akan belajar dengan keras dan tekun supaya mendapat markah yang bagus untuk ujian itu. Aku akan meminta maaf daripada kawanku dan menerangkan sebabku. Mereka akan memahami situasiku. Aku tidak membuang masa dan terus mula mengulang kaji untuk ujian tersebut.

Hari sudah pagi dan suria muda memancarkan sinarnya ke bumi. Angin semilir menyapa pipku. Aku sedang duduk di kelasku yang mempunyi dinding hijau yang seolah-olah mmberi kesan yang mengembirakan. Tiba-tiba guruku mula memberi kertas ujian yang telah dibuat tiga hari yang lalu.
‘Syabas Azman, kamu telah mendapat markah yang bagus. Saya harap kamu boleh berterusan dengan keputusan yang cemerlang ini,’kata guruku dengan nada penuh kebanggaan. Senyuman manis terukir di bibirku. Aku telah mendapat sembilan puluh peratus untuk ujianku. Keputusan aku pada hari yang telah lalu telah berkesan. Aku sangat gembira aku tidak memutus asa.
‘Azman! Azman! Lihat markah projek kami, kamu pasti akan terperanjat!’ kata anggota kumpulan projekku. Senyumku lebih lebar apabila ternampak markah tinggi projekku. Wajahku bersinar dengan kegembiraan. Aku telah belajar sesuatu yang sangat penting. Ia adalah supaya jangan memutus asa walaupun aku di dalam situasi yang sangat ketat. Aku berjalan dengan langkah penuh keghairahan untuk memberitahu ibuku keputusanku sambil lonceng sekolah berdering.

Karangan Peribahasa ‘Bukit sama didaki lurah sama dituruni’

Peribahasa ‘bukit sama didaki lurah sama dituruni’ bermakna bermuafakat dalam sesuatu perkara agar senang atau susah sama-sama dirasai.

Sinar mentari sore menyelinap masuk menerusi kaca pejabat Encik Zul. Warna senja mulai memamah suasana. Sebentar lagi malam akan bertahta. Encik Zul duduk di kerusinya dengan matanya terpasang kepada scrin komputer dengan daya penumpuan tinggi. Pada hari ini, semua teman kerjanya mengambil cuti kerana sudah musim cuti sekolah dan mereka hendak mengisi masa dengan keluarga mereka. Dia diperlui mengisi kekosongan jawatan sementara. Dia baru habis menuntut di universiti dan hanya telah bekerja selama dua minggu. Tiba-tiba bunyi telefon bergema di udara.

Dia menerima panggilan daripada kerja di lapangan bahawa sebuah perangkat telekomunikasi yang sedang dipasang dihalang oleh saluran hawa dingin. Mereka meminta izin supaya perangkat itu dapat dipasang di lokasi lain. Memikirkan bahawa permintaan itu adalah sesuatu hal yang biasa, Encik Zul lalu memberikan izinnya. Silang setengah jam kemudian telefon berdering kembali lalu orang yang di lapangan tadi melaporkan bahawa tindakannya atas izinnya telah menyebabkan semua pintu keretapi tidak dapat dibuka di stesen itu. Encik Zul bingung seketika. Bagaimana system kawalan pintu keretapi boleh rosak hanya dengan mengalihkan perangkat. Rupanya, perangkat itu harus ditambat ke lantai dengan skru. Sebelum itu lantai harus digerudi dahulu dan di tempat yang dialihkan perangkat itu ada wayar. Semasa lantai itu degerudi rupanya ia telah memutuskan wayar induk di bawah lantai hingga merosakkan sistem kawalan pintu.

Encik Zul terasa takut kerana dia hanya bekerja selama dua minggu dan telah membuat kesalahan yang besar yang mengakibatkan sesuatu yang agak serius. Jantungnya bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya sambil dia meletakkan telefon dan memilih untuk mendapat pertolongan bosnya.

Masa terasa seperti lebih cepat apabila Encik Zul mengambil lif ke tingkat pejabat bosnya. Dia mengambil langkah yang penuh ketakutan atas fikiran akibat masalahnya yang akan diberi oleh bosnya. Setelah mengambil langkah terakhir ke arah pejabat bosnya, dia mengetuk pintu.Tiba-tiba suara bosnya memenuhi gegendang telinganya yang meminta izin kepadanya untuk memasuki pejabatnya. Jantungnya berdegup-degup kencang sambil dia mendekat bosnya yang terduduk di kerusinya yang besar. Encik Zul melaporkan kejadian tersebut kepada bosnya lalu menunggu untuk jawapannya dengan penuh ketakutan. Apabila bosnya terbuka mulutnya untuk berkata sesuatu jantung Encik Zul berdegup-degup dengan lebih kencang. Tiba-tiba, mulut bosnya berubah dan senyuman terukir di bibirnya. Dia menasihati Encik Zul untuk berasa tenang dan mengikut dia ke keretanya.

Setelah beberapa minit di dalam kereta itu, mereka sampai sebuah stesen keretapi. Apabila bos Encik Zul masuk stesen itu bersama Encik Zul dan berbual dengan pekerja di situ, mereka membuat bising tentang situasi yang telah terjadi dan mengadu tentang kos tinggi sebanyak sepuluh ribu untuk memasang wayar yang diputus. Tetapi, bos Encik Zul menyelesakan situasi tersebut dengan sikap tenang dan tidak marah dan mendapat tahu bahawa kos untuk memasang wayar tersebut hanya dua ratus. Akhirnya, wayar tersebut dipasang kawalan pintu keretapi boleh berjalan tanpa rosak.

Sikap bos Encik Zul adalah sama dengan peribahasa ‘bukit sama didaki lurah sama dituruni’ kerana dia bermuafakat dengan Encik Zul tanpa marah di dalam situasi yang susah. Sikap ini adalah sesuatu sikap yang penting kerana ia boleh menolong orang dalam situasi atau masalah yang susah dan menyelesaikan kesusahan itu dengan senang.

Karangan

Pada masa cuti sekolah, saya menziarahi bandar di bawah tanah di daerah Cappadocia, di Turki. Ia adalah sebuah kawasan pendiaman yang dibina oleh manusia semenjak zaman sebelum Nabi Isa. Pelbagai peradaban menggunakan tempat ini sebagai kediaman mereka. Pada suatu masa dahulu, golongan Kristian mengunakan tempat ini sebagai tempat perlindungan daripada diseksa oleh orang Rom.

Terdapat banyak ciri kreativiti dan inovasi di dalam tempat ini. Yang utama ia mempunyai sistem ventilasi yang amat unik dan berkesan. Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan kesegaran udara yang dialami apabila menjejak kaki di dalam tempat tersebut. Ia juga mempunyai sistem pertahanan yang sangat berkesan dan mengagumkan. Terowongnya dibina dengan begitu sempit supaya musuh mengalami kesusahan untuk menyerang mereka. Lubang besar dibina di lantai supaya musuh akan terjatuh ke dalamnya jika cuba menceroboh tempat tersebut. Terdapat juga lubang di mana panah boleh digunakan untuk membunuh musuh tersebut. Semua yang terdapat dalam tempat tersebut diperbuat daripada batu. Alat dapur juga diperbuat daripada batu yang digunakan dengan cara yang unik sekali. Terdapat juga tempat untuk melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan dan bermain. Perkara yang paling mengagumkan adalah kekuatan struktur bandar di bawah tanah ini yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini.

Ciptaan ini saya jadikan sebagai inspirasi untuk mencapai impian saya kerana ia menunjukkan bahawa sesuatu yang besar boleh dicapai daripada sesuatu yang kecil seperti batu. Dengan hanya menggunakan batu, sebuah tempat kediaman yang telah melindungi banyak peradaban telah dibina dan masih kekal kuat hingga ke hari ini.

Thursday, July 10, 2008

Tajuk E-Learning day: Ulasan Niaga Dijangka Rancak Semula Lepas Joo Chiat Complex Berwajah Baru



Artikel surat khabar ini adalah tentang Joo Chiat Complex. Wajah barunya yang akan datang setelah projek pembinaan pasar baru Geylang Serai selesai tahun depan dijangka menghidupkan semula perniagaan di pusat membeli-belah yang kini disifatkan lesu dan malap itu. Ia merupai kawasan penting bagi masyarakat melayu kerana ramai orang melayu membeli pakaian dan makanan tradisional di situ. Ia perlu menjalani renovasi kerana ia adalah tempat yang bersaingan dengan tempat beli belah lain yang terkenal seperti Orchard dan Geylang Serai. Ia mesti memenangi pembeli remaja yang sangat tertarik kepada Orchard yang menjual barangan yang moden dan sekaligus memenangi pembeli yang dewasa dan tradisional yang mendapat barangan tradisional mereka daripada geylang. Joo Chiat telah mengambil langkah kemajuan yang amat tepat kerana mereka mesti membuka jalan kepada pelanggan muda untuk memastikan perniagaan mereka terus berkembang. Saya berasa amat gembira terhadap perkara ini kerana ia bermakna bahawa lebih banyak tempat beli belah akan wujud di Singapura yang saya boleh melewat. Sama pun dengan dewasa yang memerlui lebih jenis fesyen dan gaya baju untuk dibeli atau tempat untuk keluar dengan keluarga. Ia akan menjadi pertingkatan yang akan berfaedah seluruh Singapura.

Sunday, January 27, 2008

Tahun 2007 telah berlalu dengan banyak kenangan pahit dan manis yang telah membawa kesan kepada saya. Kenangan yang paling menggembirakan saya adalah meraih anugerah Emas dengan kepujian untuk pertandingan SYF. Anugerah ini merupakan ganjaran yang teringgi bagi pancaragam saya telah bekerja keras selama beberapa bulan. Walaupun terdapat peristiwa ini yang sangat menggembirakan, terdapat juga peristiwa yang mengecewakan. Keputusan pelajaran saya pada tahun yang lalu sangat mengecewakan. Saya telah belajar supaya bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk setiap tugasan supaya mengelakkan peristiwa ini untuk berlaku sekali lagi. Ini akan mengatasi masalah sikap saya untuk menunda kerja pada saat-saat akhir adalah sikap yang ingin saya ubah dengan mengurus masa dan membuat kerja sekolah pada masa yang lebih awal.

Komen Cikgu Marliza : Cikgu berharap kamu dapat mengurus masa dengan baik, beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang kamu lakukan ( pelajaran, muzik. membantu rakan, ahli keluarga dsb) menjalin hubungan yang baik dengan rakan juga penting! Semoga kamu mencapai cita-cita ! !