Sunday, July 27, 2008

Karangan Peribahasa ‘Bukit sama didaki lurah sama dituruni’

Peribahasa ‘bukit sama didaki lurah sama dituruni’ bermakna bermuafakat dalam sesuatu perkara agar senang atau susah sama-sama dirasai.

Sinar mentari sore menyelinap masuk menerusi kaca pejabat Encik Zul. Warna senja mulai memamah suasana. Sebentar lagi malam akan bertahta. Encik Zul duduk di kerusinya dengan matanya terpasang kepada scrin komputer dengan daya penumpuan tinggi. Pada hari ini, semua teman kerjanya mengambil cuti kerana sudah musim cuti sekolah dan mereka hendak mengisi masa dengan keluarga mereka. Dia diperlui mengisi kekosongan jawatan sementara. Dia baru habis menuntut di universiti dan hanya telah bekerja selama dua minggu. Tiba-tiba bunyi telefon bergema di udara.

Dia menerima panggilan daripada kerja di lapangan bahawa sebuah perangkat telekomunikasi yang sedang dipasang dihalang oleh saluran hawa dingin. Mereka meminta izin supaya perangkat itu dapat dipasang di lokasi lain. Memikirkan bahawa permintaan itu adalah sesuatu hal yang biasa, Encik Zul lalu memberikan izinnya. Silang setengah jam kemudian telefon berdering kembali lalu orang yang di lapangan tadi melaporkan bahawa tindakannya atas izinnya telah menyebabkan semua pintu keretapi tidak dapat dibuka di stesen itu. Encik Zul bingung seketika. Bagaimana system kawalan pintu keretapi boleh rosak hanya dengan mengalihkan perangkat. Rupanya, perangkat itu harus ditambat ke lantai dengan skru. Sebelum itu lantai harus digerudi dahulu dan di tempat yang dialihkan perangkat itu ada wayar. Semasa lantai itu degerudi rupanya ia telah memutuskan wayar induk di bawah lantai hingga merosakkan sistem kawalan pintu.

Encik Zul terasa takut kerana dia hanya bekerja selama dua minggu dan telah membuat kesalahan yang besar yang mengakibatkan sesuatu yang agak serius. Jantungnya bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya sambil dia meletakkan telefon dan memilih untuk mendapat pertolongan bosnya.

Masa terasa seperti lebih cepat apabila Encik Zul mengambil lif ke tingkat pejabat bosnya. Dia mengambil langkah yang penuh ketakutan atas fikiran akibat masalahnya yang akan diberi oleh bosnya. Setelah mengambil langkah terakhir ke arah pejabat bosnya, dia mengetuk pintu.Tiba-tiba suara bosnya memenuhi gegendang telinganya yang meminta izin kepadanya untuk memasuki pejabatnya. Jantungnya berdegup-degup kencang sambil dia mendekat bosnya yang terduduk di kerusinya yang besar. Encik Zul melaporkan kejadian tersebut kepada bosnya lalu menunggu untuk jawapannya dengan penuh ketakutan. Apabila bosnya terbuka mulutnya untuk berkata sesuatu jantung Encik Zul berdegup-degup dengan lebih kencang. Tiba-tiba, mulut bosnya berubah dan senyuman terukir di bibirnya. Dia menasihati Encik Zul untuk berasa tenang dan mengikut dia ke keretanya.

Setelah beberapa minit di dalam kereta itu, mereka sampai sebuah stesen keretapi. Apabila bos Encik Zul masuk stesen itu bersama Encik Zul dan berbual dengan pekerja di situ, mereka membuat bising tentang situasi yang telah terjadi dan mengadu tentang kos tinggi sebanyak sepuluh ribu untuk memasang wayar yang diputus. Tetapi, bos Encik Zul menyelesakan situasi tersebut dengan sikap tenang dan tidak marah dan mendapat tahu bahawa kos untuk memasang wayar tersebut hanya dua ratus. Akhirnya, wayar tersebut dipasang kawalan pintu keretapi boleh berjalan tanpa rosak.

Sikap bos Encik Zul adalah sama dengan peribahasa ‘bukit sama didaki lurah sama dituruni’ kerana dia bermuafakat dengan Encik Zul tanpa marah di dalam situasi yang susah. Sikap ini adalah sesuatu sikap yang penting kerana ia boleh menolong orang dalam situasi atau masalah yang susah dan menyelesaikan kesusahan itu dengan senang.

No comments: