Monday, April 30, 2007

Karangan Kreatif

Kamu terpaksa membuat satu pilihan yang membawa kesan besar kepada diri kamu. Tulis sebuah karangan berdasarkan pengalaman kamu itu.

Suara tangisan ibuku bergema di udara. ‘KENAPA?’ menjerit ibu dengan nada yang penuh kesedihan. Aku termenung memandang ke arah ibuku, mendengar kata jeritannya terngiang – ngiang di kepalaku apabila aku terdengar sesuatu berita yang sangat mengejutkan. Ayah telah meninggal dunia secara tiba – tiba. Dia dijumpai di bawah rumah pangsaku dengan darah menganak sungai meleleh daripada beberapa tempat di badannya. Seorang anggota keluargaku yang dianggap amat penting sepanjang lapan belas tahun hidupku. Fikiran kehilangannya tidak pernah terlintas di benak. Beberapa titis air mata meluncur atas pipi lembutku. Keluargaku dalam situasi yang bahaya. Ibuku tidak bekerja untuk menjaga adikku yang berjumlah empat orang. Aku, sebagai anak tertua, sekarang bertanggungjawab kepada keluargaku. Tekanan daripada situasi ini serta daripada sekolah, membuat dadaku berdebar kerana stres yang berat. Tiba – tiba, deringan telefon bimbitku memenuhi gegendang telingaku.
‘Eh, Mad!’ kata kawanku yang sering menggunakan nama gelaranku,’ Datang ke bawah blok sekarang. Kami mahu membelasah kumpulan samseng yang memaki kami pada hari itu dan kami mahu kamu mendampingi kami.’
‘Maaf, aku tidak boleh datang sekarang. Ayahku baru meniggal dunia dan aku sedang menghadiri upacara pengebumiannya,’ kataku dengan nada bercampur marah dan kesedihan.
‘Apa ini? Kamu sudah melupakan kawanmu untuk ayahmu yang selalu memarahi kamu? Kalau seperti itu, kamu akan kami singkitkan daripada kumpulan kami. Aku juga terdengar kumpulan itu yang membunuh ayah kamu,’ ujar kawanku.
‘Apa? Betul? Baiklah, aku dalam perjalananku ke tempat itu sekarang,’ kataku sambil mematikan telefon bimbitku. Aku tidak sedar bahawa pilihan yang aku ambil akan membuatku menyesal sepanjang hayat. Aku berjalan ke tempat pertemuan dengan senyap - senyap tanpa mengganggu anggota keluargaku yang sedang berkabung.

Dada malam dihiasi dengan butir-butir bintang yang mengerdip cantik. Angin semilir menyapa pipiku. Aku ternampak semua anggota kumpulan samsengku yang bersiap-sedia di bawah blok. Mereka memegang beberapa jenis senjata yang dipikul di bahu mereka. Wajah mereka bersinar dengan tujuan sinis. Kami bercadang untuk menyerang mangsa kami secara tiba – tiba. Aku mengisyiaratkan kepada kumpulanku untuk pergi ke arah tempat di mana kumpulan musuh sering melepak. Dengan langkah yang penuh kesungguhan dan harapan untuk membalas dendam, kumpulanku menuju ke arah tempat tersebut.

Pohon-pohon yang terdapat di kawasan itu berbisik apabila ditiup angin. Anggota kumpulanku bersembunyi di antara dedaun sambil menunggu isyarat serang daripadaku. Musuh kami sedang duduk dan berbincang di hadapan kami, tanpa menyedari tentang kehadiran kami di hutan yang di sekeliling tempat duduk mereka. Hilai tawa mereka yanf terbahak-bahak bergema di udara. ‘SERANG,’ jeritku dengan senyuman sinis yang terukir di bibirku. Semua anggota kumpulanku keluar daripada hutan secara tiba – tiba yang membuatkan semua musuh kami terperanjat. Kami mengerat mereka tanpa teragak-agak. Terdapat ramai orang yang terbaring memekik dalam kesakitan. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi siren polis yang semakin kuat setiap saat. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku. Tiba-tiba aku terasa sesuatu menembusi kakiku. Kesakitan yang memenuhi setiap gerakan badanku tidak boleh ditahan. Tiba-tiba aku terasa sepasang tangan menyambar badanku. Aku telah ditangkap.
Suria muda memancarkan sinarnya kepada bumi. Pandanganku kembali seperti biasa dan aku terasa kepanasan suria muda yang menyusup masuk jeriji. Tembok yang di sekelilingku seolah–olah memberi kesan yang sangat menyedihkan. Bunyi tangisan seorang perempuan memenuhi bilik itu. Kesedihan yang menyelubungi badanku semakin berat apabila aku tersedar bahawa tangisan itu daripada ibu. Aku terdengar suara seorang sedang menjelaskan keadaanku kepada ibuku. Aku akan dibawa ke mahkamah, untuk dihukum. Aku menyesal semua perbuatanku walaupun ia untuk membalas dendam kematian ayahku.

Perbuatanku telah membawa kesan besar kepada keluargaku. Kami kini mengalami keadaan miskin, di mana kami tidak memiliki wang untuk membeli makanan yang sedap-sedap. Aku mesti dipenjara selama empat tahun kerana kelakuanku yang membuatku menyesal. Aku telah belajar seusatu yang baru dalam pengalamanku. Aku telah belajar supaya selalu berfikir sebelum membuat sesuatu.

No comments: