Monday, April 30, 2007

Karangan Argumentatif

Singapura Membosankan. Remaja Singapura kekurangan aktiviti untuk dilakukan. Bincangkan

Singapura dianggap sebagai sebuah negara yang membosankan oleh para remaja yang mengalami kehidupan seharian di negara ini. Para remaja kekurangan akitiviti untuk dilakukan dalam masa lapang atau sebagai rekreasi. Terdapat pelbagai sebab yang menunjukkan bahawa Singapoura adalah sebuah tempat yang membosankan. Sebab – sebab tersebut menyentuh aspek fizikal negara Singapura, kekurangan sumber penting dan peraturan.

Singapura adalah sebuah negara yang mempunyai ruang terbatasyang dianggap sebagai suatu kekurangan. Singapura tidak mempunyai ruang untuk membina kemudahan untuk digunakan oleh remaja. Walaupun terdapat beberapa taman di Singapura, ia tidak cukup untuk bilangan remaja yang terdapat di Singapura. Singapura juga tidak mempunyai tarikan alam semula jadi seperti jurang atau gunung yang membolehkan remaja membuat aktiviti seperti terjun bungee. Pelbagai alam semula jadi yang lain tidak terdapat di Singapura yang membuatkan tempat ini membosankan.

Singapura juga mempunyai peraturan yang sangat ketat. Remaja tidak boleh didapati berkeliaran selepas pukul dua belas malam. Mereka akan diberi amaran oleh pihak polis untuk pulang ke rumah. Ibu bapa juga akan diberitahu kalau anak mereka masih berada di tempat awam pada waktu tersebut. Walaupun ini baik untuk keselamatan remaja, ia menyekat kehidupan sosial remaja. Sistem persekolahan di Singapura yang memerlukan remaja yang bersekolah untuk bersekolah hampir sepenuh hari yang menyebabkan kekurangan msasa untuk membuat aktiviti yang lain selain menghabiskan kerja sekolah.

Remaja mengalami masalah dari segi bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan. Ini adalah kerana kemudahan awam yang terdapat di Singapura tidak membolehkan mereka pergi ke sesuatu tempat dalam masa yang singkat.. Pemerintah harus membina lebih banyak tempat rekreasi di setiap kawasan di sini atau menyingkatkan masa yang diperlukan untuk sampai ke sesuatu tempat.

Ibu bapa di Singapura lebih prihatin terhadap anak-anak mereka menggunakan internet. Ibu bapa memasang alat untuk menyekat penggunaan internet bagi anak- anak mereka. Dengan sekatan ini akiviti mereka lebih terhad kepada aktiviti yang tidak menarik.

Semua fakta ini menunjukkan bahawa Singapura membosankan. Remaja zaman ini, yang mudah terpengaruh dengan idea dan sikap orang barat akan merasa sesuatu kekurangan apabila membandingkan Singapura dengan negera lain. Mereka akan merasa bahawa Singapura membosankan kerana kekurangan aktiviti untuk dilakukan.

No comments: