Thursday, March 8, 2007

Komentar dari Cyberita

GAJI MENTERI DAN MASA DEPAN NEGARA

Jumaat, 13 April 2007

PERBAHASAN mengenai gaji menteri telah pun tamat, namun gemanya akan berterusan buat beberapa ketika. Belum ada negara yang membincangkan soal gaji pemimpinnya dengan begitu terbuka dan meluas seperti Singapura. Bagi sesetengah negara, gaji pemimpin tidak dianggap sebagai satu isu. Sebaliknya pemilihan seseorang untuk menjadi pemimpin sudah dianggap satu penghormatan tinggi kerana ia menjadi kunci untuk memperolehi pelbagai ganjaran dari segi pengaruh, kuasa dan pelbagai faedah yang jauh melebihi nilai gaji yang ditawarkan.

Bagi Singapura pula, isu gaji menteri dan pegawai kanan perkhidmatan awam dikaitkan dengan cabaran mendapatkan bakat terbaik daripada kumpulan yang amat terbatas, yang turut cuba direbut oleh sektor swasta. Ia juga berkait rapat dengan usaha memastikan kemampuan negara ini meneruskan daya saingnya dalam dunia yang semakin sengit cabarannya. Dalam lain perkataan, ia satu persoalan serius mengenai masa depan negara ini.

Kesediaan pemerintah untuk mendedahkan jumlah keseluruhan gaji yang diterima oleh para menterinya mencerminkan ketelusan dan wewenang moral di peringkat tertinggi. Inilah keunikan kita. Ini jugalah yang menjadikan kita berbeza daripada negara-negara lain. Tugas sebagai menteri sememangnya memerlukan pengorbanan tinggi dan tidak harus dinilai dari segi ganjaran kewangan. Namun, kita perlu bersikap realistik dan berpijak di bumi nyata. Soal wajar atau tidak jumlah gaji yang ditetapkan itu mungkin akan terus dipertikaikan, namun yang lebih penting ialah penerimaan terhadap prinsip di sebalik penetapan gaji tersebut iaitu perlunya kita menawarkan ganjaran yang setimpal jika ingin mendapatkan bakat terbaik untuk menerajui negara ini.

Hakikat bahawa Singapura kini makmur dan tergolong dalam liga Dunia Pertama tidak berlaku secara automatik. Ia adalah hasil kepimpinan barisan pemimpin kita yang pertama. Dengan saiz yang begitu kecil dan tanpa sebarang sumber mentah, penakatan kita selanjutnya akan bergantung kepada kemampuan kita untuk terus melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber tinggi dan komited sepenuhnya kepada Singapura. Bagaimanakah kita mendapatkan mereka ini? Jika kita sedar tentang seriusnya realiti yang kita hadapi sebagai sebuah negara dan sedia bersikap rasional dan bukannya emosional, kita tidak akan berasa perlu untuk berdebat hangat lagi tentang isu ini pada masa depan nanti.

- Ulasan -

Saya rasa bahawa Singapura mempunyai sebuah menteri yang berkesan. Mereka mempunyai pelbagai ganjaran dari segi pengaruh, kuasa dan pelbagai faedah yang jauh melebihi gaji yang ditawarkan apabila mereka diberi kerja sebagai seorang anggota menteri tetapi juga tetap mempunyai sikap tanggungjawab yang menjauhi diri mereka daripada kerosakat akhlak. Menteri Singapura mempunyai struktur yang sangat berkesan. Semua pilihan mereka adalah untuk rakyatnya dan tidak untuk faedah sendiri. Kejayaan Singapura dalam liga Dunia pertama adalah akibat perbuatan menteri Singapura. Ini menunjukkan bahawa kami harus bersyukur dan gembira terhadap pemerintah yang terdapat di Singapura. Kami tetap berfikir tentang pengorbanan setiap anggota menteri yang dilaksanakan untuk berkhidmat kepada negara dan merasa perasaan syukur dan bangga terhadap mereka.

Saya juga berasa bahawa pemerintah diberi gaji yang dinaikkan dengan sebab yang baik. Ia adalah kerana mereka dipaksa membuat beberapa pengorbanan seperti masa dengan keluarga mereka untuk negara. Justeru, mereka patut menerima ganjaran tersebut. Mereka juga tidak mempunyai banyak faedah yang mereka mempunyai di pekerjaan sebelum mereka menjadi seorang pemerintah. Justeru, mereka patut menerima ganjaran tersebut untuk membayar untuk memperolehi faedah yang tidak diberi dalam pekerjaan sebagai seorang menteri kerana pekerjaan mereka sebagai anggota menteri tidak bermakna bahawa semua bahan yang mereka memperolehi didapat secara percuma. Justeru, mereka tetap diberi naik gaji. Perbuatan naik gaji, juga merendahkan potensi seorang anggota menteri untuk menjadi tidak berakhlak.

Kami mesti menyedarkan diri terhadap isu politik di Singapura. Ia adalah sesuatu aspek yang penting untuk kejayaan ekonomi Singapura kerana Singapura mempunyai saiz yang begitu kecil dan tanpa sebarang sumber mentah.

Saingan – pihak yang diatasi
Sengit – hebat bagi perkelahian
Ketelusan – kebolehan sesuati masuk
Wewenang –hak dan kekuasaan untuk membuat sesuatu
Berdebat - berbahas

Blog Untuk Bahasa Melayu

Ini adalah sebuah blog yang khas untuk Bahasa Melayu Lanjutan di VIP. Hanya Bahasa Melayu boleh digunakan di blog ini.